Soalan Lazim

Apakah itu GoldNow oleh TOMEI GROUP?

GoldNow oleh TOMEI GROUP ialah produk emas patuh Syariah yang membolehkan anda membeli emas 999.9 mengikut kuantiti pilihan dengan mudah, tanpa kebimbangan terhadap aspek keselamatan. Melalui GoldNow, anda boleh menikmati manfaat berikut:   

  1. Memulakan pelaburan emas dengan mudah melalui aplikasi mudah alih yang mesra pengguna  
  2. Membeli emas serendah 0.1-gram mengikut kemampuan anda  
  3. Mengakses harga pasaran semasa secara langsung bagi pembelian serta penukaran emas kepada GoldNow Points atau penebusan emas fizikal.  
  4. Baki emas anda boleh ditebus kepada syiling atau jongkong emas fizikal dalam denominasi 1-gram hingga 1,000 gram, dengan pengambilan sendiri di cawangan Tomei terpilih  
  5. rus akaun pegangan anda dengan mudah, termasuk membuka atau menutup akaun serta membeli, menukar dan menebus emas secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih. 

Anda memulakan transaksi dengan memindahkan dana daripada akaun bank, yang kemudiannya ditukar kepada GoldNow Points berdasarkan nilai setara (1 GoldNow Point = RM1). Apabila anda membeli emas digital, anda sebenarnya memiliki emas fizikal sebenar yang disimpan dengan selamat di dalam peti simpanan kami. Baki emas anda dipaparkan dalam unit gram, dan anda boleh memilih untuk:  

  1. Membeli lebih banyak emasMenambah pembelian emas  
  2. Menukar emas anda semula kepada GoldNow Points  
  3. Menebus emas dalam bentuk fizikal 

Ya, GoldNow oleh Tomei Group mematuhi prinsip Syariah, termasuk: 

  1. Bai’ al-Sarf Merujuk kepada kontrak jual beli pertukaran wang dengan emas, di mana pembayaran dan pemindahan hak milik emas mesti berlaku serta-merta antara Tomei dan anda. Kontrak ini digunakan bagi:: 
    • Pembelian emas menggunakan GoldNow Points yang setara, di mana anda membeli emas daripada Tomei dan jumlah emas tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun anda; dan 
    • Penukaran emas kepada GoldNow Points, di mana Tomei akan membeli emas daripada anda dan seterusnya mengkreditkan GoldNow Points ke dalam akaun anda.
  2. Wakalah Merujuk kepada kontrak di mana satu pihak (prinsipal/muwakkil) melantik pihak lain sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu yang dibenarkan untuk diwakilkan.

    Di bawah produk ini, Tomei bertindak sebagai wakil anda untuk: 

      • Mengurus penyimpanan emas, termasuk pemilihan, penyelarasan dan pembayaran kepada penyedia peti simpanan keselamatan pihak ketiga bagi tujuan penyimpanan emas anda 
      • Mengurus serta mengemas kini nombor siri emas fizikal secara digital bagi kemudahan anda 
      • Menetapkan cawangan Tomei terpilih untuk memudahkan proses penebusan emas fizikal oleh anda  
  3. Ujrah Di bawah struktur Wakalah bil Ujrah, Tomei akan mengenakan caj perkhidmatan sebagai balasan bagi perkhidmatan yang disediakan seperti yang dinyatakan di atas.

Bagaimana cara untuk mendaftar akaun? 

  1. Muat turn aplikasi GoldNow di App Store or Playstore. 
  2. Daftar menggunakan nombor telefon dan alamat emel anda. 
  3. Lengkapkan proses pengesahan KYC (Know Your Customer) untuk mengaktifkan akaun anda. 

Untuk menyertai: 

  1. Untuk pelaburan peribadi dan ganjaran rujukan, gunakan kod TSSB 

The campaign is available for a limited time. Please check the latest updates and campaign details in the GoldNow app. 

If you forget your password, you can reset it by following these steps: 

  1. Tekan butang ""Lupa Kata Laluan"" di skrin log masuk.
  2. Semak emel berdaftar anda untuk pautan reset. 
  3. Klik pautan & buat kata laluan baharu.* 
  4. Cipta kata laluan baru 

*Pautan hanya sah untuk masa yang terhad. 

Ya. Anda boleh membuka lebih daripada satu akaun di bawah IC atau pasport yang sama, selagi setiap akaun menggunakan alamat emel yang berbeza. 

Untuk memudahkan pengurusan, adalah lebih baik mengekalkan satu akaun sahaja. 

To update your personal information: 

  1. Buka aplikasi dan pilih ikon Profil di bahagian atas kiri. 
  2. Klik Lihat Profil. 
  3. Kemas Kini maklumat yang diperlukan. 

Make sure your information is accurate and up to date for a smooth account experience. 

Anda boleh: 

  1. Log masuk ke akaun anda di aplikasi mudah alih GoldNow 
  2. Memindahkan dana melalui FPX; 
  3. Pilih “Beli Emas”; 
  4. Masukkan jumlah pembelian (dalam gram atau GoldNow Points 
  5. Semak harga belian berdasarkan kadar semasa dan sahkan transaksi anda 

Ya, jumlah pembelian minimum ialah 0.1 gram.

Ya, jumlah pembelian minimum ialah 0.1 gram. Bagaimanakah harga pembelian emas ditentukan? Harga beli emas ditentukan berdasarkan harga emas antarabangsa (Spot Price) yang dibekalkan oleh pembekal Tomei. Harga ini akan dikemas kini secara berkala oleh Tomei, dan ditambah dengan sedikit perbezaan harga (Spread).

Ya. Semasa waktu dagangan yang ditunjukkan dalam aplikasi,anda boleh menukar baki emas kepada GoldNow Points. GoldNow Points akan dimasukkan ke dalam akaun anda dan boleh dipindahkan ke akaun peribadi pilihan anda. Sila ambil perhatian, terdapat sedikit perbezaan harga (spread) akan dikenakan semasa urusan penukaran emas. 

Ya. Penebusan emas fizikal dibuka di Semanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Selepas log masuk,pergi ke bahagian "Redemption (Penebusan)" dalam aplikasi untuk melihat semua cawangan yang menyediakan perkhidmatan pengambilan emas. 

Lokasi penghantaran 

Tempoh 

 

Semenanjung Malaysia (sekitar kawasan Lembah Klang) 

Sehingga 7 hari bekerja 

 

Semenanjung Malaysia (Luar Lembah Klang) 

 

Sehingga 14 hari bekerja 

 

Sabah & Sarawak (kecuali Bintulu & Miri) 

 

Sabah & Sarawak (kecuali Bintulu & Miri) 

 

Sabah & Sarawak (Bintulu & Miri) 

 

Sehingga 14 hari bekerja 

 

 

Nota: Tempoh penghantaran sebenar bergantung kepada keadaan logistik dan syarikat berhak menyesuaikan masa penghantaran. 

Anda boleh membuat semakan dalam aplikasi GoldNow untuk melihat cawagan Tomei yang menyediakan perkhidmatan pengambilan emas fizikal. Atas faktor keselamatan, penghantaran rumah tidak ditawarkan buat masa ini.

Tidak. Atas faktor keselamatan, hanya pemilik akaun sahaja yang dibenarkan mengambil emas. Bagi tujuan keselamatan anda perlu menunjukkan kad pengenalan untuk pengesahan semasa pengambilan emas. 

Emas anda disimpan secara percuma di kemudahan simpanan tetap oleh GoldNow. Untuk keselamtan tambahan, anda juga boleh memilih peti keselamatan khas dengan bayaran RM 500 / setahun, di mana boleh menyimpan sehingga 5kg emas.

Penebusan emas fizikal  

Yuran penebusan adalah berdasarkan berat emas dalam gram. Caj yang dikenakan akan dipaparkan dalam aplikasi mudah alih sebelum sebarang permohonan penebusan dihantar. 

Penyimpanan emas fizikal selepas penebusan  

Caj RM500 setahun dikenakan bagi kapasiti penyimpanan sehingga 5kg emas 

Ya. Caj 1% akan dikenakan bagi setiap transaksi menggunakan kad.

Dana anda akan disimpan dalam akaun perbankan Islam yang diuruskan oleh MTrustee. MTrustee ialah syarikat amanah berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, ditubuhkan pada tahun 1989. Jadi wang anda dijaga dengan selamat.   

Sila ambil perhatian: Tiada faedah atau keuntungan dijana daripada jumlah wang yang anda depositkan.

Emas anda disimpan di bilik kebal yang selamat, dikendalikan oleh rakan kongsi yang dilantik oleh Tomei. Bilik kebal ini dilengkapi dengan langkah keselamatan yang diperlukan untuk memastikan emas anda sentiasa terjaga.

Ya. Semua emas yang disimpan di dalam peti simpanan (vault) dilindungi sepenuhnya oleh insurans terhadap risiko berikut: 

  • Kebakaran
  • Banjir 
  • Kecurian 
  • Pecah rumah 

Pampasan insurans disediakan oleh syarikat insurans pihak ketiga yang terkemuka. 

Jika anda menghadapi masalah atau ingin membuat aduan, anda boleh melawat kami atau menghubungi kami melalui emel di: 

Pasukan Pengurusan Pelanggan 

18, Jalan 2/131A,  
Project Jaya Industrial Estate, 
Batu 6,  Jalan Klang Lama, 
58200 Kuala Lumpur 
Email: customercare@goldnow.my 

Kebanyakan pertanyaan akan dijawab dalam tempoh 5 hari bekerja.

Pemilik Benefisiari & Tuntutan

Bagaimanakah cara menetapkan Pemilik Bermanfaat?

ilih Pemilik Bermanfaat dan lengkapkan pendaftaran 

  1. Log masuk ke aplikasi mudah alih GoldNow  
  2. Pergi ke Akaun
  3. Select Beneficiary Owner and complete the registration  

Ya, anda boleh mengemas kini Pemilik Bermanfaat anda pada bila-bila masa. 

Anda hanya perlu pergi ke bahagian Akaun dalam aplikasi dan membuat perubahan yang diperlukan.

Dalam keadaan tertentu, pegangan emas anda mungkin diuruskan oleh individu yang diberi kuasa selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa: 

  • Sekiranya berlaku kematian:
  • Sekiranya berlaku ketidakupayaan mental:

Claim boleh dituntut jika: 

  • Kematian  
  • Hilang Upaya Kekal  
  • Penyakit Kritikal  

Anda boleh membuat tuntutan dengan menghubungi kami melalui e-mel berikut: 

customercare@goldnow.my 

Pasukan khidmat pelanggan kami akan membimbing anda sepanjang proses berdasarkan situasi anda.  

Bagi tuntutan kematian: 

  • Salinan Sijil Kematian yang disahkan
  • Bukti hubungan dengan si mati
  • Salinan MyKad Pemilik Bermanfaat
  • Penyata bank atau buku akaun Pemilik Bermanfaat (untuk pembayaran tanpa tunai, jika berkenaan)

 

Bagi tuntutan hilang upaya kekal atau penyakit kritikal: 

  • Borang Tuntutan yang lengkap
  • Laporan perubatan atau pengesahan doktor  
  • Bukti hubungan dengan pemegang akaun
  • Salinan MyKad Pemilik Bermanfaat
  • Penyata bank atau buku akaun Pemilik Bermanfaat (untuk bayaran tanpa tunai, jika berkenaan)

Mulakan Perjalanan Emas Anda Hari Ini

Di GoldNow oleh Tomei Group, kami komited untuk menjadikan pemilikan emas lebih mudah diakses dan tanpa kerumitan, dengan fokus kepada kepercayaan, keselamatan dan kemudahan penggunaan.

Secret Link