Soalan Lazim

Apakah itu GoldNow oleh TOMEI GROUP?

GoldNow oleh TOMEI GROUP ialah produk emas patuh Syariah yang membolehkan anda membeli emas 999.9 mengikut kuantiti pilihan dengan mudah, tanpa kebimbangan terhadap aspek keselamatan. Melalui GoldNow, anda boleh menikmati manfaat berikut:  

  1. Memulakan pelaburan emas dengan mudah melalui aplikasi mudah alih yang mesra pengguna 
  2. Membeli emas serendah 0.1-gram mengikut kemampuan anda 
  3. Mengakses harga pasaran semasa secara langsung bagi pembelian serta penukaran emas kepada GoldNow Points atau penebusan emas fizikal. 
  4. Baki emas anda boleh ditebus kepada syiling atau jongkong emas fizikal dalam denominasi 1-gram hingga 1,000 gram, dengan pengambilan sendiri di cawangan Tomei terpilih 
  5. rus akaun pegangan anda dengan mudah, termasuk membuka atau menutup akaun serta membeli, menukar dan menebus emas secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih. 

Anda memulakan transaksi dengan memindahkan dana daripada akaun bank, yang kemudiannya ditukar kepada GoldNow Points berdasarkan nilai setara (1 GoldNow Point = RM1). Apabila anda membeli emas digital, anda sebenarnya memiliki emas fizikal sebenar yang disimpan dengan selamat di dalam peti simpanan kami. Baki emas anda dipaparkan dalam unit gram, dan anda boleh memilih untuk: 

  1. Membeli lebih banyak emasMenambah pembelian emas 
  2. Menukar emas anda semula kepada GoldNow Points 
  3. Menebus emas dalam bentuk fizikal 

Ya, GoldNow oleh Tomei Group mematuhi prinsip Syariah, termasuk: 

  1. Bai’ al-Sarf Merujuk kepada kontrak jual beli pertukaran wang dengan emas, di mana pembayaran dan pemindahan hak milik emas mesti berlaku serta-merta antara Tomei dan anda. Kontrak ini digunakan bagi:: 
    • Pembelian emas menggunakan GoldNow Points yang setara, di mana anda membeli emas daripada Tomei dan jumlah emas tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun anda; dan 
    • Penukaran emas kepada GoldNow Points, di mana Tomei akan membeli emas daripada anda dan seterusnya mengkreditkan GoldNow Points ke dalam akaun anda.
  2. Wakalah Merujuk kepada kontrak di mana satu pihak (prinsipal/muwakkil) melantik pihak lain sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu yang dibenarkan untuk diwakilkan.

    Di bawah produk ini, Tomei bertindak sebagai wakil anda untuk: 

      • Mengurus penyimpanan emas, termasuk pemilihan, penyelarasan dan pembayaran kepada penyedia peti simpanan keselamatan pihak ketiga bagi tujuan penyimpanan emas anda 
      • Mengurus serta mengemas kini nombor siri emas fizikal secara digital bagi kemudahan anda 
      • Menetapkan cawangan Tomei terpilih untuk memudahkan proses penebusan emas fizikal oleh anda  
  3. Ujrah Di bawah struktur Wakalah bil Ujrah, Tomei akan mengenakan caj perkhidmatan sebagai balasan bagi perkhidmatan yang disediakan seperti yang dinyatakan di atas.

Anda boleh: 

  1. Log masuk ke akaun anda di aplikasi mudah alih GoldNow 
  2. Memindahkan dana melalui FPX; 
  3. Pilih “Beli Emas”; 
  4. Masukkan jumlah pembelian (dalam gram atau GoldNow Points 
  5. Semak harga belian berdasarkan kadar semasa dan sahkan transaksi anda 

Ya, jumlah pembelian minimum ialah 0.1 gram.

Harga pembelian emas ditentukan berdasarkan harga spot emas semasa daripada pembekal emas Tomei, dan dikemas kini secara berkala dengan margin yang ditetapkan oleh Tomei. 

Ya. Anda boleh menjual emas anda dengan menukar baki emas kepada GoldNow Points pada bila-bila masa dalam waktu dagangan yang dipaparkan dalam aplikasi. Nilai GoldNow Points akan dikreditkan ke akaun anda dan seterusnya boleh dipindahkan ke akaun bank anda. Sila ambil perhatian bahawa terdapat perbezaan harga (spread) yang dikenakan bagi urus niaga penukaran emas.

Anda boleh menyemak melalui aplikasi mudah alih GoldNow untuk mengetahui cawangan Tomei terpilih yang menyediakan kemudahan pengambilan emas fizikal yang telah ditebus. Bagi tujuan keselamatan, perkhidmatan penghantaran ke rumah tidak disediakan buat masa ini.

Tidak dibenarkan. Pengambilan emas yang telah ditebus hanya boleh dilakukan oleh pemilik akaun sendiri bagi tujuan keselamatan, dan pengesahan kad pengenalan diperlukan semasa pengambilan.

Emas anda disimpan di dalam peti simpanan yang selamat yang dikendalikan oleh rakan kongsi penyimpanan yang dilantik. Jangan bimbang, peti simpanan kami dilengkapi dengan langkah-langkah keselamatan yang perlu untuk memastikan keselamatan pemilikan emas anda. 

Ya. Semua emas yang disimpan di dalam peti simpanan (vault) dilindungi sepenuhnya oleh insurans terhadap risiko berikut: 

  • Kebakaran
  • Banjir 
  • Kecurian 
  • Pecah rumah 

Pampasan insurans disediakan oleh syarikat insurans pihak ketiga yang terkemuka. 

Penebusan emas fizikal  Yuran penebusan adalah berdasarkan berat emas dalam gram. Caj yang dikenakan akan dipaparkan dalam aplikasi mudah alih sebelum sebarang permohonan penebusan dihantar.
Penyimpanan emas fizikal selepas penebusan     Caj RM500 setahun dikenakan bagi kapasiti penyimpanan sehingga 5kg emas

Tiada yuran penyimpanan untuk emas yang anda beli selagi ia disimpan di kemudahan penyimpanan yang diperuntukkan secara lalai. 

Jika anda memilih untuk menebus emas dalam bentuk fizikal dan memerlukan peti simpanan keselamatan khas, kami menawarkan perkhidmatan penyimpanan selamat melalui penyedia pihak ketiga yang terkemuka. Perkhidmatan ini disediakan pada harga RM500 setahun, dan setiap peti simpanan boleh menyimpan sehingga 5kg emas. 

Dana anda akan disimpan dalam akaun perbankan Islam yang diuruskan oleh MTrustee. MTrustee ialah syarikat amanah berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 yang ditubuhkan pada tahun 1989. Oleh itu, anda boleh yakin bahawa dana anda diurus dan dilindungi dengan selamat.

Sila ambil perhatian bahawa tiada faedah atau pulangan keuntungan yang dijana daripada jumlah deposit tersebut.  

Muat turun aplikasi mudah alih kami, daftar menggunakan nombor telefon dan alamat emel anda, dan lengkapkan proses pengesahan KYC (Kenali Pelanggan Anda) untuk mengaktifkan akaun anda. 

Tidak. Setiap pengguna hanya boleh mempunyai satu akaun berdaftar yang dikaitkan dengan nombor IC/pasport mereka. 

Jika anda terlupa nama pengguna atau kata laluan, cuma tekan "Lupa Kata Laluan" di skrin log masuk. Pautan untuk menetapkan semula akan dihantar ke alamat emel berdaftar anda. 

Klik pautan tersebut untuk log masuk dan menetapkan kata laluan baharu. Demi keselamatan, pautan ini hanya sah dalam tempoh masa tertentu, jadi sila lengkapkan proses dengan segera. 

Jika anda menghadapi masalah atau ingin membuat aduan, anda boleh melawat kami atau menghubungi kami melalui emel di: 

Pasukan Pengurusan Pelanggan 

18, Jalan 2/131A,  
Project Jaya Industrial Estate, 
Batu 6,  Jalan Klang Lama, 
58200 Kuala Lumpur 
Email: customercare@goldnow.my 

Kebanyakan pertanyaan akan dijawab dalam tempoh 5 hari bekerja.

Anda boleh mengemas kini maklumat tersebut sendiri melalui aplikasi dengan langkah berikut:

Langkah 1: Pilih ikon profil di bahagian atas kiri dan klik “Lihat Profil”
Langkah 2: Pilih“Lihat Profil”
Langkah 3: Kemas kini maklumat yang diperlukan

 

Tersedia di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Langkawi). Selepas log masuk, sila semak bahagian “Penebusan” selepas log masuk untuk senarai cawangan yang tersedia.

Bagi tujuan pelaburan peribadi serta peluang memperoleh ganjaran rujukan kempen, gunakan kod: TSSB

Mulakan Perjalanan Emas Anda Hari Ini

Di GoldNow oleh Tomei Group, kami komited untuk menjadikan pemilikan emas lebih mudah diakses dan tanpa kerumitan, dengan fokus kepada kepercayaan, keselamatan dan kemudahan penggunaan.

Secret Link